Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Welcome to the Adni Alumni Association forum. Membership is restricted to Adni Alumni Association members and advisors only.
 
HomeHome  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  

 

 Kancil 660 yang power

Go down 
AuthorMessage
Maryam SyaH Abdul Rahman
Web and Forum Administrator
Web and Forum Administrator
Maryam SyaH Abdul Rahman


Female Number of posts : 6
Age : 37
Location : Kuala Lumpur, Malaysia
Mood : Happy...
Occupation : Student
Registration date : 2008-01-14

Kancil 660 yang power Empty
PostSubject: Kancil 660 yang power   Kancil 660 yang power Icon_minitimeSun Jan 20, 2008 7:42 pm

Kancil 660 yang power

Word Count: 324

Disuatu petang yang nyaman disebatang jalan yang agak sunyi ada sebuah keta kancil 660 dipandu oleh sorang pakcik sedang beliau melayan blues tetiba keta beliau mengalami kerosakkan berhentilah beliau ditepi jalan. Ketika beliau sedang memeriksa ketanya datanglah sebuah keta Mitsubishi Evo 8 dipandu oleh sorang pemuda berhenti disebelah ketanya

"assalammualaikum, ada masalah ke pakcik? nak saya tolong tengokkan?" kata pemuda dengan penuh kesopanan,

"waalaikumsalam, entahlah tetiba je rosak boleh juga kalo anak tolong tengokkan pakcik ni bukannya reti sangat pasal keta ni" kata pakcik terbabit.

Setelah diperiksa pemuda itu pun bersuara "Keta pakcik ni kena hantar workshop enjin rosak". Peninglah kepala pakcik itu memikirkan bagaimana beliau hendak menghantar ketanya ke workshop yang terletak agak jauh dari situ, tetiba pemuda tadi memberikan satu cadangan "macam nilah pakcik, kita tunda keta pakcik ni guna keta sport saya pergi workshop, apa macam setuju?" oleh kerana tiada cara lain maka bersetujulah pakcik terbabit.

"Pakcik duduk dalam keta jaga stereng dengan brek, kalo saya laju pakcik bagi isyarat lampu dan bunyikan hon nanti saya perlahanlah". Mengangguklah pakcik itu tanda faham. Sesampainya mereka disatu persimpangan lampu isyarat yang pada masa itu lampu merah dengan tak semena-mena muncullah sebuah keta Nissan Skyline berhenti disebelah keta pemuda terbabit, sambil menekan-nekan minyak seolah-olah mencabar pemuda itu untuk berlumba. Walaupun pada mulanya pemuda terbabit cuba untuk tidak ambil peduli namun setelah didesak beberapa kali maka angin satu badanlah pemuda terbabit dan bersedialah mereka untuk berlumba, setelah lampu bertukar hijau memecutlah kedua-dua keta sambil cuba untuk memotong antara satu sama lain.

Sesampainya mereka disatu kawasan ada sorang anggota polis bertugas sedang menjalankan operasi perangkap had laju, setelah mereka melalui kawasan terbabit maka anggota polis tadi menghantar laporan pada rakan-rakannya yang lain "Bravo, sebuah keta Nissan Skyline sedang berlumba dengan sebuah keta Mitsubishi Evo 8 dengan kelajuan 280 km/s, tapi kalo aku cakap yang ni mesti korang takkan percaya punya sebuah keta kancil 660 sedang mengekori rapat sambil memberi isyarat lampu dan membunyikan hon untuk memotong!" Sambil polis tadi ternganga melihat akan kehebatan keta kancil 660 itu.
Back to top Go down
 
Kancil 660 yang power
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Jokes :: Jokes-
Jump to: